Kelas E-Learning Bahasa Melayu

8 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas pembelajaran atas talian iaitu Bahasa Melayu. Peserta diperkenalkan dengan laman sesawang yang membolehkan mereka untuk datang sendiri ke pusat internet atau dirumah dengan hanya daftar masuk ke laman sesawang tersebut. Peserta diberikan pendedahan dengan menggunakan aplikasi Quizziz untuk melaksanakan latihan atau ujian secara atas talian.

Peserta telah menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Tambahan lagi, peserta dapat melatih diri menggunakan papan kekunci dan tetikus. Kelas bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali